Daisypath Friendship tickers
============================================================
Assalamualaikum....

Macam dah lupa terus kalau ada blog... huh.. busy sangat ni kalau sampai dua tahun langsung tak jenguk blog sendiri.. tapi series ni. memang baru ni lah ada masa nak jenguk balik.. kesian my first love ni.. ishh
"Dengan ini, aflah berazam akan memeriahkan lagi blog ini.. dengan apa cara sekali pun, dengan apa usaha sekali pun, dengan apa n3 sekali pun..." fighting!!! 


Salam..
Lama juga tak buat N3 baru dalam blog ni... plan nak buat hari2 sepanjang Ramadhan ni.. rupanya dah hari ke 25 baru berkesempatan nak 'meng N3'. begitulah lumrahnya.. tak semua yang kita rancang akan berjalan dengan sempurna. Macam banyak sangat nak cerita dalam ni. Tapi aflah ni tak reti la nak cerita panjang2.

RAMADHAN 2011 - Puasa anak2
Hari pertama sangat teruja. aflah yang teruja. anak-anak macam biasa je. Alhamdulillah. Sahur hari pertama, 3 orang puteri aflah ikut bangun bersahur. Bersemangat Sara & A'a nak berpuasa. Sebelum pergi ke sekolah, aflah dah  pesan, kalau cikgu bagi makanan jangan makan. Cakap kat cikgu ye kalau puasa. Bagus.
Petang bila aflah balik kerja, tengok muka anak2 masing-masing layu je. Puasa la tu. Sementara nak menuggu berbuka tu memang semua dah tak larat nak bangun. Baring je. Suasana kat rumah masa tu macam tak de budak2. Maklumlah, kalau tidak suara diaorang lah yang paling champion. 
Bila azan je... apa lagi.. masing2 kelaparan kan... dan terus daripada itu, rumah aflah dah kembali ceria dengan suara-suara mereka... kembali ceria..
Hari-hari seterusnya.. hanya Kak Long (Aqis) saja yang puasa penuh. Yang lain, berbagai-bagai alasan. Paling buat tak peduli si A'a, sebab selamba aje dia makan kat sekolah n siap ajak Sara makan... heeemmmm..

Ramadhan ke 3, cik abang kena out station ke Bandung. Alamak! paling masalah sebenarnya kalau cik abang kena outstation ni. Ibaratnya, aflah patah kaki la. Nasib sehari je. Esoknya dah balik sini. So kami jemput cik abang kat KLIA la petang tu..





cantik tak posing puteri-puteri aflah ni....sementara menunggu cik abang sampai


Penghujung Ramadhan
Sampai dan 25 puasa ni, persiapan raya masih alakadar saja. Kuih raya adalah dalam 4  5 jenis dah tersedia. Baju raya aflah dan anak2 pun tak siap lagi. Selalu lasminit punya kerja la tu. Tapi nama pun baju raya kan. So kena la siap di malam raya, baru ada rasa suasana raya.
Tahun ni aflah sekeluarga beraya di rumah dulu, lepas sembahyang raya baru nak balik rumah mertua n balik kampung. Apa nak masak tahun ni utk pagi raya ye..

tengah duk pikir ni nak  masak apa la pagi raya ni..

tema raya tahun ni dah tentu lah HIJAUUU....




Bila Kain Sudah Koyak
Bila Dipakai Aib Tersingkap

Bila Pentadbiran Sudah Koyak
Bila Dipakai Ahli Menghidap

Bila Kain Sudah Lapuk
Bila Dipakai Tentulah Koyak

Bila Pegawai Akhlaknya Buruk
Aib Terburai Kakitangan Bergasak

dalam maksud guridam tu...  gurindam yang dibaca oleh CHAIRMAN kepada staff tempat aflah kerja....
inilah suara hatinya walaupun tidak diluahkan secara zahir....
terkejut tu bukak blog ada n3 baru....  sape plak buat n3 baru ni.... eerrrrmmmm tak lain tak bukan la... mesti ada orang ceroboh masuk blog ni nak buat suprise ler...ehem..ehem... oooo nak wish birthday... tqvm dear.... terima kasih juga buat anak2 yang celik2 mata pagi tadi terus je wish kat aflah... bahagianya rasa....  terima kasih Allah kerana masih memberi ruang untuk terus bernafas di muka bumi Mu ini...

[Friendmaster.blogspot.com] Click here to get one

Walaupuan aflah ni bukan lah penyokong mana2 finalist ML... tapi aflah rasa sangat berpuas hati dgn keputusan yang diumumkan... rasanya memang kena.... Sebagai penonton dan pendengar... tentunya aflah mahukan yang betul2 lawak n kelakar.. yang boleh menggeletek hati..... dan persembahan SEPAH pada malam final... memang berbaloi-baloi... tidak menghampakan... JOZAN pun best juga.. tapi kurang menyengat... apapun..tabik springggg kat NABIL sbb berjaya membuatkan aflah terketawa.. khikhikhihkhi
TAHNIAH SEPAH !!!! 
salam....
hari ni aflah dan encik suami memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi pada sarah sakinah.... tapi rezki tidak menyebelahi team dia... sian dia... pun begitu.. sara tetap happyyyyyy memanjang.....

layannn.....

 a'a tak masuk  team pun ikut bagi sokongan tau....






sebenarnya team tadika TDAR ni halus halus je..... berbanding la dengan team lawan2 diaorang...
walaupun kalah.. mereka penuh dengan semangat kesukanan..
yeahh.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ....
tarrrraaaannnnnnggggggg.......




 kan dah jadi..... puas makan... 
hasil usaha... nurul afiqah.. amirul syahmi... nurul umairah... balqis batrisyia....
pembantu setia....

apa ????!!!!! 
nak masak? rajin ke aflah ni.... kalau masak memasak ni sebenarnya memang diluar kebiasaan hobi aflah...  eeerrrmmm... apa pun meh kite tengok ........
benornya.. dah 2 3 minggu aflah teringin sangat nak makan puding roti bakar..... yum..yum...yum...
.
.
.
cam ni ha.... 
sedapnya.. dah terasa-rasanya... mau tak mau terpaksa la kena buat sendiri kalau nak makan... 
hujung minggu ni boleh la try buat... insha allah jadi punya.. ikut resepi kat blog mynurkasih.blogspot.com 
terima kasih ye teratak nur kasih... kita nantikan hasilnya hujung minggu ni..

Puding Roti Bakar @ Bingka Roti
Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih atau wholemeal
4 cawan fresh milk
3sdb butter @ magerin
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit cinnamon Powder
Sedikit Kismis

Cara2
Blend fresh milk,gula & telur , siat2 kasar roti dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan bahan2 yg dikisar td dan ramas2  dgn roti. Masukkan buter, kismis dan cinnamon powder.
Lenserkan loyang dgn butter dan tuangkan adunan td. Bakar pada suhu 180'c selama 40mint
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.. Selamat Mencuba

 
aktiviti kokurikulum SKA
pertandingan menari sekolah menengah & rendah daerah hulu langat
 tempat ke 4 : (11/5/2011)  

sori.. mutu video kurang memuaskan.. maklumlah rakam guna hp murah je.. lagipun banyak gangguan2 kaki dan tangan :)

kalau nak tau... aqis yang tepi kanan sekali..paling kecik tu... yang kejap boleh nampak kejap tak nampak.. macam chocfudge.... hehehe..


assalamualaikum...

cuti sekolah... eeerrrmmmm.... dah hampir seminggu cuti baru aflah berkesempatan nak buat n3 baru... bukan apa.... 3 hari lepas.... aflah diuji oleh Yang Maha Esa... tapi ujian yang ringan aje lah... (demam batuk selsema)... itu tandanya tuhan sayang kat kita kan... amin...
hari ni dah ok.. Alhamdulillah... anak2 pun semua dah pegi bercuti... so malam ni rasa macam kesunyian.. bila anak2 takde... rasa boring... walau baru sekejap...
 pagi tadi...semua dah siap sedia nak balik rumah edok.... bila aflah balik kerja.... semua dah takde... amboi... masing2 bukan main lagi.... sape la yg tukang pakaikan tudung tu.... tapi sian yg sorang tu... tak de tudung kerr??????

semoga bergembira ye anak2....

cerita lama tapi tetap nak post juga.. 
walaupun dah lama.... tetap juga menjadi kenangan sebab waktu bercuti dengan keluargalah yang paling berharga...  bukan selalu dapat macam ni pun....

macam-macam gaya budak2 ni....
merajuk... nyorok belakang langsir...

lampu pun nak sayang...





 strawberry chocolate ..... sedaaap... yumi yumi.. memang patut pun DCT suka
 bella



aqis, kepala a'a, bahu abah







minah otomen.. paling gumbira dapat naik otomen kesayangan

sara
aqis
farha @ a'a

penyeri hidup ~ aqis-sara-a'a-bella

Halwa Telinga