Daisypath Friendship tickers
============================================================
ermmmmmmmm Subhanallah kepala Aflah pening sebab Flu selesema buat badan rasa tak sedap tak selesa nk bertugas.Tapi Aflah tetap Redho dan sentiasa berserah pada Allah atas rasa sakit yang dirasai kerana bila ia menguji hamba nya itu adalah kerana dia menyayangi hamba nya itu insyaallah..ammmiiiin.
          Alhamdulillah syukur Aflah dah habis keuzuran syarie boleh lah insyaallah malam ini malam jumaat yang mulia Aflah berhajat menunaikan tawaf dan saie yang Aflah tangguhkan kerana keuzuran tu.Moga diberi kekuatan dan kemudahan menunaikan tawaf dan saei nanti.Ketika ini Masjidil haram masih di kunjungi oleh para jemaah HJ dari seluruh dunia walaupun ada diantara mereka yang telah pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.Hari ini juga sebahagian jemaah HJ pakej THTS telah berada di Jeddah menunggu penerbangan pulang ke Tanah Air insyaallah esok.

          Gambaran terbaru Masjidil Haram bebrapa hari yang lalu ( credit utk blog manzlie)



Assalamualaikum pada semua.Alhamdulillah ketika ini Aflah telah selesai dan selamat menunaikan rukun Haji yang paling utama iaitu Wukuf Di ARAFAH.Aflah telah kembali semula bertugas di Hotel Naqa Al-Marwah.Hari ini insyaallah kesemua jemaah Haji Malaysia akan kembali ke hotel masing-masing di Bandar Mekkah.Segala penat lelah pengalaman Aflah sepanjang Wukuf yang lalu sentiasa tersemat di hati dan tertanam di sanubari.Semoga Allah Subhanahu Wata'ala menerima segala perbuatan dan ibadah Aflah.

15/11/2010 bertugas di dalam khemah ketika Wukuf di Arafaah

Salam Aidil Adha Aflah ucapkan pada semua...
Ketika ini Aflah sedang berada bersama para jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah..ini adalah gambar terbaru yang sempat Aflah mmskan pada suami tercinta ketika memulakan tugas di perkhemahan Arafah untuk tatapan anak-anak..ketika coretan ini mungkin Aflah  bersama-sama para jemaah yang lain sedang menunaikan Solat Aidul Adha atau sedang berada di Mina-Jamrah (16/11/2010 - 6.00am mecca)


* sebarang ralat pembetulan akan dikemaskini semula setelah mendapat khabar berita dari Aflah


Alhamdulillah Aflah pada hari ini 16/11/2010 sedang bersama jemaah Hj malaysia berada di Mina melontar di Jamrah.Diberitakan juga selepas itu sebahagian kawasan perkhemahan Jemaah Hj di Mina dilanda banjir kerana hujan rahmat yang turun.Aflah dan para petugas yang mengendalikan penempatan telah berjaya membantu para jemaah Hj berpindah ke tempat yang lebih selamat.


* di update oleh Aflah 17-18-19/11/2010

Alhamdulillah Aflah tiba di Kota Suci Makkatul Mukarromah pada tengah malam 26/10/2010 di Hotel Naqa Al-Marwah.Sesudah solat subuh Aflah dapat mengerjakan Tawaf dan Saie.Keletihan berada didalam bas sepanjang perjalanan terasa hilang pabila dapat menunaikan ibadah di Masjidil Haram, di situlah terletaknya Kaabah yang suci







Salam Aidil Adha
Alhamdulilah setelah lama tidak mengepost di blog Aflah ini dengan bantuan suami tercinta dapat lah agaknye diupdate blog ini untuk berkongsi perkembangan Aflah.
Pada masa ini Aflah sedang bertugas di Bumi Allah 
Makkatul Mukarromah.
Sayu hati ketika ini kerinduan pada anak-anak, suami dan keluarga tercinta tak dapat dibayangkn dan dilafazkan.Walaubagaimanapun demi tugas dan tanggungjawab Aflah akan terus tabah dan kuat semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, menjalankan tugas dan amanah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji THTS 1431H, insyaallah.


Rabu 20/10/2010 baru dok atas kapal
  Rabu 20/10/2010 snap lah kenangan
Rabu 21/10/2010 airport Madinah checkout
Jumaat 22/10/2010 Mula bertugas melayani jemaah pakej THTS di Hotel Al-Anwar Movenpick, Madinah
Jumaat 22/10/2010
Di hadapan Hotel Al-Anwar Movenpick, Madinah menghantar jemaah menaiki bas ke Mekah


Sabtu 23/10/2010
Deruman air terjun bersebelahan kaunter bertugas bederum jua kerinduan pada yang tersayang di tanah air
Sabtu 23/10/2010
Solat Maghrib di dataran Masjid Nabawi...Ya!!!Allah!!! Ya!!!Rasulullah!!!

 Isnin 25/10/2010
waktu petang di dataran Masjid Nabawi

Isnin 25/10/2010
Ya!!! Allah!!! terkejut melihat bungkusan kek berjenama nama sendiri (hampir2 lh) ketika dalam perjalanan menghantar jemaah ke klinik
 Isnin 25/10/2010
ziarah sekitar Madinah dan Masjid Nabawi

Isnin 25/10/2010 santapan di dewan makan hotel
                                                                   

Isnin 25/10/2010 ziarah sekitar Madinah shoping time

Selasa 26/10/2010
Sedih memulakan perjalanan ke Makkatul mukarromah pula, perjalanan biasanye dalam 8jam-10jam menaiki bas rombongan jemaah muassasah, mikat insyaallah di Bir Ali seterusnya menuju ke Hotel Marwah An-Naqa, Mekah.Labbaikallahummalabaik!!!




Halwa Telinga