Daisypath Friendship tickers
============================================================
ermmmmmmmm Subhanallah kepala Aflah pening sebab Flu selesema buat badan rasa tak sedap tak selesa nk bertugas.Tapi Aflah tetap Redho dan sentiasa berserah pada Allah atas rasa sakit yang dirasai kerana bila ia menguji hamba nya itu adalah kerana dia menyayangi hamba nya itu insyaallah..ammmiiiin.
          Alhamdulillah syukur Aflah dah habis keuzuran syarie boleh lah insyaallah malam ini malam jumaat yang mulia Aflah berhajat menunaikan tawaf dan saie yang Aflah tangguhkan kerana keuzuran tu.Moga diberi kekuatan dan kemudahan menunaikan tawaf dan saei nanti.Ketika ini Masjidil haram masih di kunjungi oleh para jemaah HJ dari seluruh dunia walaupun ada diantara mereka yang telah pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.Hari ini juga sebahagian jemaah HJ pakej THTS telah berada di Jeddah menunggu penerbangan pulang ke Tanah Air insyaallah esok.

          Gambaran terbaru Masjidil Haram bebrapa hari yang lalu ( credit utk blog manzlie)



Assalamualaikum pada semua.Alhamdulillah ketika ini Aflah telah selesai dan selamat menunaikan rukun Haji yang paling utama iaitu Wukuf Di ARAFAH.Aflah telah kembali semula bertugas di Hotel Naqa Al-Marwah.Hari ini insyaallah kesemua jemaah Haji Malaysia akan kembali ke hotel masing-masing di Bandar Mekkah.Segala penat lelah pengalaman Aflah sepanjang Wukuf yang lalu sentiasa tersemat di hati dan tertanam di sanubari.Semoga Allah Subhanahu Wata'ala menerima segala perbuatan dan ibadah Aflah.

15/11/2010 bertugas di dalam khemah ketika Wukuf di Arafaah

Salam Aidil Adha Aflah ucapkan pada semua...
Ketika ini Aflah sedang berada bersama para jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah..ini adalah gambar terbaru yang sempat Aflah mmskan pada suami tercinta ketika memulakan tugas di perkhemahan Arafah untuk tatapan anak-anak..ketika coretan ini mungkin Aflah  bersama-sama para jemaah yang lain sedang menunaikan Solat Aidul Adha atau sedang berada di Mina-Jamrah (16/11/2010 - 6.00am mecca)


* sebarang ralat pembetulan akan dikemaskini semula setelah mendapat khabar berita dari Aflah


Alhamdulillah Aflah pada hari ini 16/11/2010 sedang bersama jemaah Hj malaysia berada di Mina melontar di Jamrah.Diberitakan juga selepas itu sebahagian kawasan perkhemahan Jemaah Hj di Mina dilanda banjir kerana hujan rahmat yang turun.Aflah dan para petugas yang mengendalikan penempatan telah berjaya membantu para jemaah Hj berpindah ke tempat yang lebih selamat.


* di update oleh Aflah 17-18-19/11/2010

Alhamdulillah Aflah tiba di Kota Suci Makkatul Mukarromah pada tengah malam 26/10/2010 di Hotel Naqa Al-Marwah.Sesudah solat subuh Aflah dapat mengerjakan Tawaf dan Saie.Keletihan berada didalam bas sepanjang perjalanan terasa hilang pabila dapat menunaikan ibadah di Masjidil Haram, di situlah terletaknya Kaabah yang suci







Salam Aidil Adha
Alhamdulilah setelah lama tidak mengepost di blog Aflah ini dengan bantuan suami tercinta dapat lah agaknye diupdate blog ini untuk berkongsi perkembangan Aflah.
Pada masa ini Aflah sedang bertugas di Bumi Allah 
Makkatul Mukarromah.
Sayu hati ketika ini kerinduan pada anak-anak, suami dan keluarga tercinta tak dapat dibayangkn dan dilafazkan.Walaubagaimanapun demi tugas dan tanggungjawab Aflah akan terus tabah dan kuat semangat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang, menjalankan tugas dan amanah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji THTS 1431H, insyaallah.


Rabu 20/10/2010 baru dok atas kapal
  Rabu 20/10/2010 snap lah kenangan
Rabu 21/10/2010 airport Madinah checkout
Jumaat 22/10/2010 Mula bertugas melayani jemaah pakej THTS di Hotel Al-Anwar Movenpick, Madinah
Jumaat 22/10/2010
Di hadapan Hotel Al-Anwar Movenpick, Madinah menghantar jemaah menaiki bas ke Mekah


Sabtu 23/10/2010
Deruman air terjun bersebelahan kaunter bertugas bederum jua kerinduan pada yang tersayang di tanah air
Sabtu 23/10/2010
Solat Maghrib di dataran Masjid Nabawi...Ya!!!Allah!!! Ya!!!Rasulullah!!!

 Isnin 25/10/2010
waktu petang di dataran Masjid Nabawi

Isnin 25/10/2010
Ya!!! Allah!!! terkejut melihat bungkusan kek berjenama nama sendiri (hampir2 lh) ketika dalam perjalanan menghantar jemaah ke klinik
 Isnin 25/10/2010
ziarah sekitar Madinah dan Masjid Nabawi

Isnin 25/10/2010 santapan di dewan makan hotel
                                                                   

Isnin 25/10/2010 ziarah sekitar Madinah shoping time

Selasa 26/10/2010
Sedih memulakan perjalanan ke Makkatul mukarromah pula, perjalanan biasanye dalam 8jam-10jam menaiki bas rombongan jemaah muassasah, mikat insyaallah di Bir Ali seterusnya menuju ke Hotel Marwah An-Naqa, Mekah.Labbaikallahummalabaik!!!




Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.. 
bulan penuh keberkatan...
hari ni hari pertama umat islam berpuasa... malam tadi tidur tak lena..sebab memikirkan untuk bangun awal bersahur... lebih-lebih lagi ketiga-tiga anak aflah tu.. teruja sangat nak bangun sahur... (tapi puasanya belum tentu lagi lah)... tak pe... biar diaorang belajar. 
aflah dah pasang alarm pukul 4.00 pagi.. 4.30 pagi..5.00 pagi... huhuhuhu...semangat tu..
tapi pagi tadi, aflah bangun pukul 4.30 pagi. bila celik mata je, aflah dengar orang masak... eh.. sape dah bangun lebih awal dari aflah ????  
haaaaaa tu dia... suami mithali... cik abang ayang dah bangun lebih awal dari aflah.... dan dia tengah masak...hwahwahwahwa.... bestnyer... seronoknya... apa lagi ye... mesti selera makan sahur pagi ni... tq..tq..tq..tq..abang....ummuuuaaahhhh.....
so, aflah pun kejutkan anak2 la... paling senang nak bangun a'a (yg no 3 tu) sebab sebelum tidur memang dia dah janji nak bangun sahur n tak nak nangis bila ibu kejut... 
jadi.. pagi tadi.. kami bersahurlah bersama-sama dengan lauk2 yang dimasak oleh abang...
semoga mendapat keberkatan.. amiiinnnn... 
untuk anak-anak : semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketabahan.... 

eeerrrmmm... petang ni menu apa yerk....

SALAM SEMUA...
Kali ni 10 tahun pulak......
tapi 10 tahun untuk aflah n cik abang sayang...
Huuuuuuuu..... banyak..... cukup banyak dugaan sepanjang 10 tahun melayari bahtera perkahwinan....
walau apa pun... semuanya menjadi pengajaran dimasa akan datang...

 hasil usaha 10 tahun.. kami dikurniakan .....


dan


dan


dan


 alhamdulillah..... buah hati kami yang tidak ternilai harganya..




sekali lagi...
dalam bulan julai... aflah telah bertarung nyawa lagi untuk melahirkan zuriat... rasanya baru 5 hari yang lepas aflah telah bergelar ibu..benarkah ini...nanti dulu... ini adalah selepas 5 tahun kelahiran yang pertama....
kini selepas 6 tahun.... aflah telah melahirkan cahayamata ke-3..
pengalaman aflah melahirkan bayi yang ke-3 ?
sebenarnya pengalaman aflah melahirkan cahayamata semua sama. Semua anak2 aflah lahir tanpa di sambut oleh doktor yang bertugas... 

anak yang sulung lahir ketika doktor sedang sebuk mengenakan 'uniform' untuk menyambut kelahiran bayi.. kerana tidak sabar untuk melihat dunia... bayi aflah keluar tanpa menunggu kehadiran doktor disisi.

anak kedua aflah lahir ketika doktor yang bertugas sedang TAKBIRATULIHRAM untuk menunaikan solat zohor. tepat jam 1.24 petang, bayi pun keluar.. bila doktor sampai.. dia kata.. " alhamdulillah.. dah selamat ya.. saya tengah angkat takbir tadi..handphone saya berbunyi, alhamdulillah tak de apa2 masalah kan"..  doktor yang sama yang menyambut kelahran pertama aflah..

anak ketiga... 27.7.2006, aflah telah dimasukkan ke labour room sekitar jam 6 petang. pada waktu itu, ada seorang lagi pesakit yang akan bersalin di bilik sebelah. kali ini doktor perempuan, Dr Norlida.. doktor kata ... 'ooohhh.. awak ni lambat lagi... saya tengok yang kat sebelah dulu ye...'  di bilik sebelah, aflah dengar doktor dan nurse yg bertugas sedang sebuk dan kecoh mengarahkan pesakit... 'ok..ok.. tarik nafas..tarik nafas dalam2.. and pusshhhh.....'  seram betul aflah dengar... sakit aflah masa tu dah semakin kerap... dan semakin tak tertahan.. aflah suruh cik abang panggil doktor.. nurse yang ada di luar bilik telah memanggil doktor... waktu itu memang aflah dah sakit tahap maksima.... dan yang ada hanya nurse... nurse kat ' tunggu dulu.. kejap lagi doktor sampai...tunggu.. jangan teran'  tapi aflah memang tak boleh tahan... aflah nampak kelibat doktor.. dan apa lagi.. aflah terus teran aje lah sebab dah tak tahan sangat... doktor datang sambil mulutnya membebel... 'ai.. awak dulu ke.. saya ingat yang yg kat bilik sebelah tu dulu... takpe..takpe.. saya ada kat sini.. jangan takut.. teran aje...'  tapi sebenarnya waktu doktor cakap tu.. dia dan nurse semua tengah sebuk menyiapkan alat2 untuk menyambut bayi. nasib baik cik abang ada.. sebenarnya dia la yang tolong sambut sementara doktor sedang bersiap....

alhamdulillah... sihat.. baby girl...berat 3.1kg.... aflah tidak mengalami sebarang masalah...dan aflah namakan dia sebagai FARHAH FARZANA. Seorang penyayang.. manja.. dan sensetif.  
pada 27 Julai 2010.. genap 4 tahun usianya...doa ibu untuk a'a semoga menjadi anak yang solehah, selamat di dunia dan akhirat, taat pada perintah Allah dan Rasul.. serta taat ibu bapa. Dipermudahkan segala urusan.







9 tahun lalu.... 23 JULAI 2001. 
petang-petang begini aflah rasa masih lemah... masih rasa takut nak bangun dari katil... rasa terharu... rasa gembira....rasa teruja.. dan bermacam2 lagi perasaan dalam hati kecil ni....
ye betul..
9 tahun lalu...
aflah baru bergelar IBU...dan petang-petang begini aflah masih belum dapat menatap wajah si comel dengan sepuasnya yang baru dilahirkan secara normal pada jam 9.12 pagi...ini adalah disebabkan.. sejurus selepas aflah melahirkan... aflah telah mengalami lekat uri.. lantas.. aflah terus dibawa ke bilik operation dan terus tak ingat apa2... bila aflah sedar... aflah telah berada di atas katil di dalam wad... 
semasa baru sedar.. aflah lihat sekeliling... yang ada... cik abang sayang.. mak n bapak mertua... tapi ibu n arwah abah aflah belum sampai lagi dari kampung.. kata mereka.. kedua ibu bapa masih dalam perjalanan...
aflah bertanya pada suami.. mana baby? boleh tengok ke baby? katanya.. doktor tak bagi bawak baby keluar dari nursery.. dan baby masih di letakkan dalam incubator kerana baby aflah kecil iaitu cuma 2.1 kg.
aflah tanya lagi... baby ok ke.. cukup sifat ke... abang kata ok...semua ok.. tapi pipi dia sebelah nampak hitam sikit.. mungkin tanda lahir kut...aflah bersyukur... yang penting sihat...
Rasa sebak bila ibu dan arwah abah aflah sampai... masa arwah abah cium dahi..aflah nampak air mata dia berlinang... mungkin air mata gembira.. air mata aflah pun turut berlinang.
apabila semua telah pulang.. malam baru aflah dapat melihat bayi yang telah ditunggu-tunggu  sejak sembilan bulan lalu.. rasa macam tak percaya.. tapi itulah kenyataan...
ye.. aflah kini bergelar IBU...IBU...IBU...
alhamdulillah.. puas aflah belek2 wajahnya.. mencari dimana tompok hitam yang dikabarkan oleh abang...tak de pun.. mungkin tadi abang tengok melalui biasan cermin...
wajahnya saling tak tumpah dengan......eeerrrmmmmmm... macam.. doktor yang menyambutnya...
ya.. DR RAFAIE... botak.. tak de rambut... mungkin kenan kut...sebab pertama kali aflah tengok@jumpa doktor ni... memang aflah terkejut... ingatkan orang cina.. dalam hati.. takkan hospital Islam ni ambil pakar berbangsa cina?.....hehehehehe
walau apa pun.. itu kenangan pertama aflah melahirkan bayi ke dunia ini...
kini.. 23 JULAI 2010.
umurnya telah mencecah 9 tahun.. semoga BALQIS BATRISYIA menjadi anak yang solehah.. taat perintah ALLAH.. dan JUNJUNGAN BESAR RASULALLAH.. taat ibu bapa...berjaya di dunia dan akhirat... mendapat kerahmatan ... dan menjadi kakak yang dapat dicontohi adik-adik... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk AQIS.....
ketika berusia 2 tahun.....

BALQIS BATRISYIA YANG SEMAKIN MEMBESAR
SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN MENDATANG
kenapa ye... 
sejak dua menjak ni aflah jadi malas nak update blog ni... tak kan dah malas nak masuk blog..?? itu mustahil..
biar aflah cari punca nyer... 
adakah sebab 
1. sejak kebelakangan ini.. aflah terlalu bizi dengan kerja2 di opis
2. atau bizi dengan anak2
atauuuu... terlalu bizi dengan yang ini
dan ini
dan ini lagi
tapi.. inilah yang nyata

hwa..hwa..hwa..hwa..
napa ya.. aflah bisa jadi gini... gila banget sama ini sinetron....aduuuhhhh...
sehari kalo ngak tengok sinetron ni.. rasa rindu banget.. gimana ya...
toloooonnnngggg.....
sekarang ni penyakit aflah ni dah berjangkit kat semua anak2. sampai anak aflah yang 2 tahun tu pun.. bila pasang tv je.. mesti nak tengok cerita ni... pengaruh betul la...
cepat la habis sinetron ni... aflah nak mengakhiri semuanya...
gara-gara BBC nilah, semua rancangan yang aflah dah susun jadi tergendala...
Oh Tuhan.. tunjukkanlah aflah jalan yang benar...




Halwa Telinga