9 tahun lalu.... 23 JULAI 2001.
petang-petang begini aflah rasa masih lemah... masih rasa takut nak bangun dari katil... rasa terharu... rasa gembira....rasa teruja.. dan bermacam2 lagi perasaan dalam hati kecil ni....
ye betul..
9 tahun lalu...
aflah baru bergelar IBU...dan petang-petang begini aflah masih belum dapat menatap wajah si comel dengan sepuasnya yang baru dilahirkan secara normal pada jam 9.12 pagi...ini adalah disebabkan.. sejurus selepas aflah melahirkan... aflah telah mengalami lekat uri.. lantas.. aflah terus dibawa ke bilik operation dan terus tak ingat apa2... bila aflah sedar... aflah telah berada di atas katil di dalam wad...
semasa baru sedar.. aflah lihat sekeliling... yang ada... cik abang sayang.. mak n bapak mertua... tapi ibu n arwah abah aflah belum sampai lagi dari kampung.. kata mereka.. kedua ibu bapa masih dalam perjalanan...
aflah bertanya pada suami.. mana baby? boleh tengok ke baby? katanya.. doktor tak bagi bawak baby keluar dari nursery.. dan baby masih di letakkan dalam incubator kerana baby aflah kecil iaitu cuma 2.1 kg.
aflah tanya lagi... baby ok ke.. cukup sifat ke... abang kata ok...semua ok.. tapi pipi dia sebelah nampak hitam sikit.. mungkin tanda lahir kut...aflah bersyukur... yang penting sihat...
Rasa sebak bila ibu dan arwah abah aflah sampai... masa arwah abah cium dahi..aflah nampak air mata dia berlinang... mungkin air mata gembira.. air mata aflah pun turut berlinang.
apabila semua telah pulang.. malam baru aflah dapat melihat bayi yang telah ditunggu-tunggu sejak sembilan bulan lalu.. rasa macam tak percaya.. tapi itulah kenyataan...
ye.. aflah kini bergelar IBU...IBU...IBU...
alhamdulillah.. puas aflah belek2 wajahnya.. mencari dimana tompok hitam yang dikabarkan oleh abang...tak de pun.. mungkin tadi abang tengok melalui biasan cermin...
wajahnya saling tak tumpah dengan......eeerrrmmmmmm... macam.. doktor yang menyambutnya...
ya.. DR RAFAIE... botak.. tak de rambut... mungkin kenan kut...sebab pertama kali aflah tengok@jumpa doktor ni... memang aflah terkejut... ingatkan orang cina.. dalam hati.. takkan hospital Islam ni ambil pakar berbangsa cina?.....hehehehehe
walau apa pun.. itu kenangan pertama aflah melahirkan bayi ke dunia ini...
kini.. 23 JULAI 2010.
umurnya telah mencecah 9 tahun.. semoga BALQIS BATRISYIA menjadi anak yang solehah.. taat perintah ALLAH.. dan JUNJUNGAN BESAR RASULALLAH.. taat ibu bapa...berjaya di dunia dan akhirat... mendapat kerahmatan ... dan menjadi kakak yang dapat dicontohi adik-adik... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk AQIS.....
ketika berusia 2 tahun.....
BALQIS BATRISYIA YANG SEMAKIN MEMBESAR
SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN MENDATANG
0 comments:
Post a Comment