Daisypath Friendship tickers
============================================================
sekali lagi...
dalam bulan julai... aflah telah bertarung nyawa lagi untuk melahirkan zuriat... rasanya baru 5 hari yang lepas aflah telah bergelar ibu..benarkah ini...nanti dulu... ini adalah selepas 5 tahun kelahiran yang pertama....
kini selepas 6 tahun.... aflah telah melahirkan cahayamata ke-3..
pengalaman aflah melahirkan bayi yang ke-3 ?
sebenarnya pengalaman aflah melahirkan cahayamata semua sama. Semua anak2 aflah lahir tanpa di sambut oleh doktor yang bertugas... 

anak yang sulung lahir ketika doktor sedang sebuk mengenakan 'uniform' untuk menyambut kelahiran bayi.. kerana tidak sabar untuk melihat dunia... bayi aflah keluar tanpa menunggu kehadiran doktor disisi.

anak kedua aflah lahir ketika doktor yang bertugas sedang TAKBIRATULIHRAM untuk menunaikan solat zohor. tepat jam 1.24 petang, bayi pun keluar.. bila doktor sampai.. dia kata.. " alhamdulillah.. dah selamat ya.. saya tengah angkat takbir tadi..handphone saya berbunyi, alhamdulillah tak de apa2 masalah kan"..  doktor yang sama yang menyambut kelahran pertama aflah..

anak ketiga... 27.7.2006, aflah telah dimasukkan ke labour room sekitar jam 6 petang. pada waktu itu, ada seorang lagi pesakit yang akan bersalin di bilik sebelah. kali ini doktor perempuan, Dr Norlida.. doktor kata ... 'ooohhh.. awak ni lambat lagi... saya tengok yang kat sebelah dulu ye...'  di bilik sebelah, aflah dengar doktor dan nurse yg bertugas sedang sebuk dan kecoh mengarahkan pesakit... 'ok..ok.. tarik nafas..tarik nafas dalam2.. and pusshhhh.....'  seram betul aflah dengar... sakit aflah masa tu dah semakin kerap... dan semakin tak tertahan.. aflah suruh cik abang panggil doktor.. nurse yang ada di luar bilik telah memanggil doktor... waktu itu memang aflah dah sakit tahap maksima.... dan yang ada hanya nurse... nurse kat ' tunggu dulu.. kejap lagi doktor sampai...tunggu.. jangan teran'  tapi aflah memang tak boleh tahan... aflah nampak kelibat doktor.. dan apa lagi.. aflah terus teran aje lah sebab dah tak tahan sangat... doktor datang sambil mulutnya membebel... 'ai.. awak dulu ke.. saya ingat yang yg kat bilik sebelah tu dulu... takpe..takpe.. saya ada kat sini.. jangan takut.. teran aje...'  tapi sebenarnya waktu doktor cakap tu.. dia dan nurse semua tengah sebuk menyiapkan alat2 untuk menyambut bayi. nasib baik cik abang ada.. sebenarnya dia la yang tolong sambut sementara doktor sedang bersiap....

alhamdulillah... sihat.. baby girl...berat 3.1kg.... aflah tidak mengalami sebarang masalah...dan aflah namakan dia sebagai FARHAH FARZANA. Seorang penyayang.. manja.. dan sensetif.  
pada 27 Julai 2010.. genap 4 tahun usianya...doa ibu untuk a'a semoga menjadi anak yang solehah, selamat di dunia dan akhirat, taat pada perintah Allah dan Rasul.. serta taat ibu bapa. Dipermudahkan segala urusan.







0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga