Daisypath Friendship tickers
============================================================
Salam....
Dah lama juga tak update blog.. hari ni macam free aje... Bella pun dah kebah demamnya... boleh la aku ngadap pc ni tanpa gangguan yang maksimum. Buka blog je dengar lagu Alambarzakh.. eeeeerrrrrhhh ... seram.. entah kenapa setiap kali aku dengar lagu ni... meremang bulu roma.. rasa insaf sangat2... mungkin kerana senikata dan melodinya.... aku siap suruh anak2 aku hayati senikata lagu ni...tapi diaorang tu semua kecik lagi.. belum begitu mengerti tentang kematian...
Jom la sama2 layan lagu ni.. aku tak pernah jemu walaupun dah beratus kali aku dengar....
MENANTI DI ALAM BARZAKH
Ku merintih.. aku menangis
Ku meratap..aku mengharap
Ku meminta di hidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata..
Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah di Rahim Bonda.. sebelum menjejak ke dunia
Menanti di Barzakh.. sebelum berangkat ke Mahsyar
Diperhitung amalan.. penentu Syurga atau sebaliknya.
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rimbun
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai Talqin bernada syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku..
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan kudengari tangis mereka yang kutinggalkan
Kehidupan di sini .. bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali roh kembali kembali lah ke dalam diri
Sendirian sendiri sendiri berteman kan sepi
Hanya kain putih.. yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku.. jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari.. nafas terhenti.. tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi..
Jantung berdegup kencang.. menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan.. gelap pekat dipandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam Barzakh jasad dikebumikan..
Ku merintih... aku menagis
Ku meratap.. aku mengharap
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata...

eeeemmmmm.... semoga ianya memberikan pedoman.....



0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga